.

Wednesday, October 26, 2011

Tuesday, October 18, 2011

17102011- Steamboat Day

5 Responds
Sangat indah apabila dapat meluangkan masa sebentar bersama famili, dan menikmati masakan steamboat Thai style yang enak...mmmhhhh.sodappp ehh..
Kali ini mari kita baca entri makanan sedap..

Steamboat ala Thai ni agak berbeza sedikit dengan steamboat yang lain kerana menyediakan alat pembakar di tengah-tengah sementara disekelilingnya dipenuhi dengan sup. Ia menggunakan arang untuk membakar dan ini dapat membuat rasa makanan sangat baik...yummy...!! Ditambah dengan 2 pilihan sup iaitu stok ayam dan tom yam (manis + pedas). 


Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh di pilih iatu daging, ayam,makanan laut dan sayur-sayuran.  Saya diberitahu bahawa segala bahan masakan ini disediakan oleh bekas chef hotel.
Oleh kerana cara pembayaran dikira ala buffet dewasa RM25 dan kanak-kanak RM13, maka anda boleh lah makan sepuasnya. Tapi harus di ingat setiap 100gram makanan yang tidak dihabiskan akan di denda RM10. Sudah terpampang iklan besar kat kaunter "SAVE OUR FOOD" Nahh...jangan membazir..makan mengikut sukatan tummy anda yang cumel...




Muka penat ...hati senang...Alhamdulillah...


Psstt..psst...desert kat sini memang da boom...aiskrim homemade okeh...sodap ehh...
Layanan sangat ok..saya bagi 4 bintang...

Sunday, October 16, 2011

151011

5 Responds
A few pictures from "Majlis Bercukur" Harith Israq...

h10h11 h7 h8 h9 h2 h1 h4 h5 harith
Harith Israq

Thursday, October 13, 2011

Quick update....

2 Responds
Okeh...zay update yang ringkas dulu ya....

kundasang 7 kundasang1 stripes 

zay!
wz n i kundasang6 3 4 kundasang4 kundasang5 1 timeline

Seperti yang sedia maklum kalau datang sabah,tak lain tak bukan tempat-tempat yang wajib pergi mestilah kundasang, Ranau...orang cakap kampung Switzerland (nih orang yang cakap) kat sana memang sejuk...rasanya zay dah pernah upload tempat yang menarik time konvoi dulu...cuba godek-godek post zay yang lalu... Untuk peringatan juga, kalau nak bermalam haruslah booking awal...selalu fully booked..terutama cuti sekolah.. Kami bermalam di Strawberry Garden, tempat yang selesa dan harga berpatutan... Bercerita mengenai tempat-tempat yang menarik, Desa CattleDairy Farm kat Mesilau tempat yang memang cantik ala-ala oversea, selain dapat melihat lembu kaler hitam putih..ahahah (member zay yang cakap)..dan terus merasa susu lembu terbaik dari ladang. Masa melawat adalah dari jam 8am - 5pm. Selepas itu kami direct ke Mesilau Nature Resort..boleh tengok kunang-kunang orang putih cakap firefly kah?..tapi nak tunggu sampai malam...hmmm berfikir sekejap pasal sejuk yang teramat. Maka kami hanya dapat melihat kunang-kunang yang tak berlampu...Sambil memandu di tepi-tepi jalan anda dapat melihat rumah dan resort yang cantik rekaannya...(haihhh apsal macam iklan nih?) Oleh kerana kepenatan dan keletihan, acara yang sesuai pada waktu malam adalah 'modop'...ehh itu orang sabah cakap .Maksudnya tidur....ditambah dengan selimut yang sedap.. Awal pagi dapat melihat gunung Kinabalu...tengok pemandangan hijau...dapat merehatkan minda dan mata yang selalu sesak sambil duduk minum kopi... Hari kedua, program ke Sungai Tagal Luanti.. masa untuk bermain dengan ikan-ikan comel.!!..Seterusnya ke Ladang Teh ...Dan bermandi-manda di Hot Spring Poring...dan air terjun Kipungit...Perjalanan kami selesai apabila terus ke kaki gunung Kinabalu menikmati keindahan ciptaanNya..dan bertolak balik ke Kota Kinabalu..terlalu ringkas kah? Buat Nurawzwiza sekeluarga dan teman-teman...terima kasih datang ke sabah...mohon maaf jika ada tersalah dan tersilap... Begitu singkatnya masa untuk bermesraan...ngehhngehhh...
Tips : Tiket masuk yang dibeli untuk masuk ke taman-taman sabah tu jangan dibuang..okehh ..anda boleh gunakan untuk semua taman-taman di sabah selama 2 hari jika bermalam...(jadi bayar sekali ja..)

Friday, October 7, 2011

Somewhere...

2 Responds
Assalamualaikum..okeh,kali ni entri pendek sikit...actually my friend from shah Alam nak datang kat sini, bercuti selama 3 hari.. So, i kena jadi pemandu pelancong yang berhemah..pergi mana?? kita tengok nanti.... Ok daa... later i will post our trip and destination yang menarik..... >.< miss u ols my sweetie sekalian..

IMG_0455

Wednesday, October 5, 2011

Tutorial 1 (hijab): Zayzareen simple style

5 Responds
Assalamualaikum dan hello...Alhamdulillah, i baru balik dari kenduri, so teringat permintaan kengkawan kat Fb dan formspring yang nak tahu tutorial hijab yang zay pakai kaler oren tu..
Oleh itu, berkat keringanan tulang yang memang sediakala ringan dan kecil, maka terciptalah video yang mudah ni hasil titik peluh sendiri. Sebenarnya sudah lama ingin menerbitkan video tutorial sendiri..tapi my lappy selalu jammed...muhuhhuuh :') Rupanya bukan mudah nak capture video by urself..(tapi skrg i da study sikit2 nak edit video...macam syok pun ada..hehehhe) Kepada kawan-kawan di luar sana, zay minta maaf sebab lewat publish video ni..okeh.. Tapi sekarang ada sudah...yeayyy...!!

Bahan-bahan :

  1. Tudung bawal
  2. Inner scarf
  3. Peniti
  4. Brooch yang lawa
  5. Si pemakai tudung yang comel

 Info: 
Seperti biasa, pertama sekali anda haruslah mengenakan innerscarf dan seterusnya lihat video ini...


P/S: lepas ni ada lagi..tunggu tauu..