Orang lain sibuk kerja awal tahun...zay pula sibuk mau bercuti..!! okeh sebenarnya gambar-gambar ni lama punya. tapi saja kasi upload.. kot2 ada yang berkenan atau merancang untuk bercuti bulan depan ..kan raya cina..jadi peluang mau jalan-jalan masih ada...
Lokasi : Pulau Manukan, Kota Kinabalu Sabah
Jarak : 20 minit dari bandaraya Kota kinabalu (naik speedboat)
Bertolak dari Jessellton Point
Bayaran : Rm20 keatas (pergi dan balik)
Tips yang mudah :-
Rancang perjalanan anda..kalau nak pergi dan balik amat sesuai bertolak pada waktu pagi (anggaran jam 8 atau 9 pagi) dan balik pada waktu petang (anggaran dalam jam 3 petang) risau akan keadaan cuaca yang tak menentu...
Kalau mampu dan mempunyai kacchingg $$ yang lebih untuk bermalam kat challet yang kebabommmm !!!$$$$ dipersilakan..ngehh..ngehh..mungkin ada yang berminat ingin berhoneymoon...
Jangan risau jika anda terlihat harga makanan yang disediakan untuk pelancong..memang $$$, kerana disini juga ada koperasi yang menyediakan makanan siap dimasak dengan harga yang berpatutan..lagi molek anda menyediakan makanan dan minuman sebelum bertolak.
Okay kat sini selain bermandi manda anda juga boleh lah mencuba scuba diving, snorkelling (alat snorkelling boleh di sewa ), kayak ..etc..tapi peringatan kalau nak mandi or menyelam..kenalah siap sedia stamina dan kenali kesihatan diri ..jangan masa tu juga kekejangan kaki tu datang..sapa yang susah? hmm..(aiseh ayat caringnya...)
Tempat beribadah (surau) ada disediakan
Opsss...sebelum terlupa,, kepada yang berminat ingin melawat pusat marin juga ada disini, tapi kena tanya dekat kaunter pertanyaan..boleh tengok rangka tulang dolphin, ikan paus, penyu (penyu ada tulang kah?)...etc..
Dan akhir sekali ......jangan lupa kamera anda...!!! okehh..
Psst : Paling senang pakai mr. google kalau berminat melawat tempat tempat yang menarik..
Bha..., mari kita tengok sekejap gambar-gambar yang best..