.

Friday, September 24, 2010

Friday, September 17, 2010

HoorayyyRawyyyyaaa 2010

11 Responds
Assalamualaikum…
Ohohho…orang lain da goyang kaki update cerita raya minggu lalu,
Sekarang baru terkial-kial sebok mau cerita raya jugak..eh,,mestiiii..yang penting ada..huh..
Ekceli seperti tahun-tahun yang sudah, raya tahun ni memang sambut kat kampung. Bersyukur lah pasal nenek2 zay tinggal 1 kampung..wuhuhh..jadi taklah berebut nak g raya mana setiap tahun..( lain cerita kalau zay da kahwin.. (-_-‘)) …
Setiap sebelum menyambut hari raya, family akan berkumpul dan seterusnya akan membuat meeting untuk open house dan menyediakan aktiviti kekeluargaan. Macam-macam ada, paling best banyak game..selama seminggu akan berkumpul bersama-sama..(aiseh bersama-sama okeh)
Cerita pasal baju raya, memang tak pernah ada kaler tema. Setiap tahun memang kelam kabut..bayangkan awal pagi raya baru nak mix match baju (memang da rutin setiap tahun kan)..sila jangan ditiru sikap ini ya.. Apa tidaknya,2 hari sebelum raya..baru sibuk g shopping beli baju untuk adik2..(okeh saya faham ibu dan bapa saya sibuk )
Kuih raya? Ohh jangan disebut..tak banyak bikin..
Tapi,tahun ni Alhamdulillah satu kebanggaan buat diri ini..2 jenis kuih telah reti dibuat walaupun pada mulanya tak lah sedelicious, selembut kuih auntie yang buat kuih itu..huhu (terima kasih auntie yang sudi mengajar&berkongsi resepi…>.< ) Jadi..oleh kerana tak banyak cerita menarik yang boleh diceritakan maka, nahh di persembahkan iklan-iklan yang dapat mencuci mata awak-awak sekalian..


1st Syawal

raya13
Baju raya Ala- kaddddarr

raya07
Masih tak cukup ni..hey..hey..mana pegi suma auntie2 ni?

raya05
Wajib ada candid



2 Syawal
raya08
Baju raya modified

raya11
Nenek cakap kami ada kacukan cina..eh..ehh..

raya10
Aksi kucing kenyang kembar tak seiras

raya03
Suka sangat budak ini..I call him 'Ciut'

raya02
3 of us

raya12

Last but not least..
Buat awak-awak semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..mohon maaf jika ada tersalah kata, tersilap ayat,tersiku-sikuan,tersinggung-singgunguan,terlebih-lebihan...dan terlambat-lambatan nak mengucapkan selamat hari raya..(eh raya kan sebulan)
Semoga anda bergumbira selalu....May Allah swt bless all of us..
Saya sayang awak-awak semua...

Ikhlas dari ZayZareen & Family

raya041

OK...TITIK NOKTAH...


Nota kicik : Buat awak-awak semua, sudi-sudikanlah datang open house edisi our family dekat restoran sajian bonda keningau, pada 25hb September 2010 (1pm-5pm)..Terima kasih..

Monday, September 6, 2010

Tips Nak Chubby Punya Pasal

9 Responds
Tadi lepas bersahur teringat teguran mak cik kat kolam ikan petang kelmarin, "Eh..eh..Adik da mula berisi la.Muka pun dah naik tembam pastu semakin cergas"...
"Hehehe memang lah mak cik..ni nak chubby punya pasal kan"...
Kalau dulu selalu di ejek..kurus cam papan lah,ziraffa lah, tiang lah dan yang sewaktu dengannya lah..lah..lah...Pastu kira‘Body Mass Index’ berat badan tak sesuai ,masih kurang..
Macam-macam cara zay buat nak naikkan berat badan, minum bertin-tin susu APPETON WEIGHT GAIN (ADULT) tapi tak pernah-pernah menjadi.Makan terlebih-lebih sampai muak..terus pasrah..(-_-')
Jadi suatu hari tu, adalah seorang hamba Allah yang begitu baik hati kongsi tips dan bagi nasihat. Biasalah, bulan ramadhan ni memang banyak polan c polan yang baik hati..syukur...

Polan: Aiiiyoooo...!! kalau adik nak naik berat badan mesti pantang ..makan kena jaga..paling penting lada,asam dan air sejuk lupakan dahulu..macam mana adik mau gemuk kalau adik tak pantang..semua tu dari adik aja..(sambil angkat2 kening huh..(-_~) )
Masa dengar orang tu kata cam gitu dalam hati berteriak.. (oh...tidak..!!! semua itu memamg fevret..) tapi tefikir juga, ohhh..patut lah selama ni berabis buat macam2, makan berjenis2 sampai muak tapi tak pernah juga naik2 berat badan.
Mula-mula macam tak percaya dapat ke ikut tips yang diberi..Selama 3minggu zay gagahkan diri dan akhirnya nampak perubahan..oh percaya lah sekarang berat badan zay dah bertambah, walaupun masa berpuasa..urgggghhhhh suka-suka...!!

Ok awak-awak sekalian ini tips yang zay amalkan.:-

Bersukan
Dengan bersukan tubuh menjadi sihat, sistem tubuh berfungsi dengan baik. Kalau boleh bersukan sekurang- kurangnya sekali seminggu. Bersukan akan menyebabkan kita berpeluh, seterusnya pengaliran darah lancar dan dapat mengedarkan protein keseluruh tubuh dengan baik.Part ni kena ambil berat, tak semestinya nak berisi kena tidur, makan ja..

Minum Susu
Susu selain daripada menyihatkan badan juga dapat menggemukkan badan anda, khususnya susu full cream. Zay minum susu dua kali sehari. Masa puasa zay amalkan minum susu waktu berbuka dan bersahur.

Kunyah Makanan
Ketika makan kunyahlah makanan sehingga hancur. Ini memudahkan proses pencernaan. Apalagi makan makanan yang sukar dicerna. Kerana selain di mulut tidak ada lagi gigi di tempat lain.

Pola Makan Dengan Teratur
Setiap hari makanlah dengan teratur. Pastikan mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam tepat waktunya. Dan di antaranya dapat diselangi makanan tertentu. Sekarang bulan ramadhan masih boleh amalkan dengan teratur, waktu bersahur dan berbuka. Kalau mau ngam lagi lepas terawih amik makan malam.

Jenis Makanan
Jenis makanan sesuaikan dengan aktiviti harian anda. Jika banyak bergerak, maka makanlah makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan lemak. Sebab jika berlebihan karbohidrat dan lemak akan terkumpul. Protein tidak dikumpul oleh tubuh.

Tidur Yang Cukup
Badan kita memerlukan 8 jam waktu berehat. Jika ada masa usahakan tidur siang. Tapi kalau terlebih tidur tak baik untuk kesihatan..nanti jadi malas.(^.^')

Kurangkan Merokok
Jika anda merokok, kurangkan atau berhenti sama sekali.( sayangi paru-paru anda)

Makan telur putih satu kali sehari
Baik untuk menambah protein.

Makan supplement tambahan
Contohnya zay amalkan makan pil ginseng untuk menambah selera makan malah membantu pencernaan dan metabolisma badan. Ia juga baik untuk melancarkan sistem dalam tubuh dan akhirnya menambah berat badan yang ideal.

Periksa Kesihatan Anda
Akhir sekali, jangan sekali-kali lupa pergi klinik atau hospital untuk memeriksa kesihatan..mana tau terlebih sihat pula lepas ni..

30072010353


nota kicik:-Ok segala tips yang zay kongsi ni telah di uji..jika masih tak menjadi sila bertemu dengan pakar/doktor anda yang berdekatan.. tenkiuw...selamat maju jaya >.<