
Okeh kawan-kawan, entri kali ini ialah episod mari kita tengok Bayau ramai-ramai..
Dalam kamus haiwan ‘Bayau’ bermaksud – monyet Probosis @ Probocsis yang berhidung besar dan berperut buncit (ini adalah fakta..jangan marah ya Encik/Cik/Puan Bayau (-_-‘) )

Probocsis
Lokasi :- RK Bed & Breakfast Sg.Garama Kampung Garama
Jarak : 2 jam dari Kota Kinabalu di tambah 25 km dari pekan Beaufort ke Kampung Garama dan selepas itu menaiki bot @ feri yang disediakan .
Comelkan burung hantu hutan ni..(bulu mata tu pinjam jap..)
Yang sebenarnya kumpulan Bayau ini bermaustatin di paya bakau serta hidup dalam sekumpulan kecil yang hanya mempunyai seekor monyet jantan berpengaruh dan 3@4 ekor monyet betina..(boleh tahan poligami diorang ni..). Tentang pemakanan mereka lebih gemar memakan daun dan juga biji benih yang terdapat di pokok-pokok.
Biasanya Bayau ini akan kelihatan apabila siang atau petang. Maka , kami memulakan perjalanan apabila petang menjelma dengan menaiki bot selama 1 jam setengah hanya untuk melihat mereka-mereka ini.
Hah..tu dia...!!! (sambil melakukan aksi tunjuk beramai-ramai)
Sedikit sebanyak aksi mr.Bayau yang sempat dirakam..(maaf kualitas yg kurang umphh..!!)
Semua memang best..rerajin lah kita terokai alam semulajadi, flora fauna di tempat kita ni..cuti-cuti 1malaysia..!!


























